ALUMNI PRIHATIN: SUMBANGAN IFTAR KEPADA PELAJAR UKM
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengagihkan sebanyak 870 pek makanan iftar kepada pelajar UKM di Kolej Pendeta Za’ba (KPZ), Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), Kolej Dato’ Onn (KDO), Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Kolej Aminuddin Baki (KAB), Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) dan Kolej Burhanuddin Helmi (KBH), Kolej Keris Mas (KKM), Kolej Ungku Omar (KUO), Kolej Rahim Kajai (KRK) dan Kolej Ke 13.
Terima kasih atas sokongan dan sumbangan semua penyumbang dalam menjayakan Program Agihan Iftar kepada Pelajar UKM sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga inisiatif ini membawa manfaat dan mengeratkan lagi hubungan antara alumni dan warga UKM.

