ALUMNI@INDUSTRI • 22 Disember 2022

Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah mengadakan lawatan industri ke Sasbadi Holdings Berhad, Kota Damansara pada 22 Disember 2022, jam 9.00 pagi.
Lawatan industri ini merupakan satu usaha dalam menjalin kerjasama strategik dan merupakan simbolik kepada inisiatif pemerkasaan budaya filantrofi alumni yang akan diterokai oleh ALUMNI-UKM dalam waktu terdekat.
Selain itu, seramai 20 orang pelajar FSSK terlibat dengan lawatan industri ini. Delegasi UKM dibawa melawat ke seluruh kawasan Sasbadi. Pelajar didedahkan mengenai proses penyuntingan, menghasilkan konsep awal, ilustrasi rajah, dan hal-hal yang berkaitan dengan penerbitan. Kemudian, satu sesi taklimat bersama pelajar berkenaan pengenalan mengenai industri buku Malaysia dan peranan Sasbadi sejak tahun 1985 turut diadakan. Inisitiatif ini mendukung agenda kebolehpasaran graduan dalam memberi pendedahan kepada pelajar dengan merasai pengalaman berada di industri. Malah turut membuka ruang dan peluang kepada pelajar menjalankan latihan industri di Sasbadi Holdings Berhad.
Delegasi UKM disambut mesra oleh Pengasas dan Group Managing Director of Sasbadi Holdings Bhd, Mr Law King Hui; Head of Publishing, En. Ian Goh (Alumni FSSK 1993) dan Ketua Editor, En. Khairul. Turut hadir Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Menjalan Tugas Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM; Dr. Seri Mastura Mustaza, Timbalan Pengarah (Pemasaran & Penjanaan); Puan Farah Farzana Rasol, Ketua Pentadbiran; Cik Rohidayah Abdul Rahim, Penolong Pendaftar; Dr. Sharifah Raihan Syed Raihan dan Puan Fuzirah Hashim, pensyarah pengiring.