ALUMNI@INDUSTRI DI GADING KENCANA SDN. BHD.
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah menganjurkan program ALUMNI@INDUSTRI di Gading Kencana Sdn. Bhd., Bidor, Perak pada 27 Oktober 2025 (Isnin).
Seramai 15 orang pelajar Persatuan Pelajar Kejuruteraan (PEMATRA) yang diiringi oleh Dr. Kamarul Afizi bin Kosman, Pensyarah Pengiring merangkap Penyelaras Alumni FKAB, telah diberi pendedahan berkaitan industri tenaga boleh diperbaharui dan operasi ladang solar.
Delegasi UKM disambut mesra oleh Dato’ Dr. Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng (FKAB 1987), Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., dan Datin Hasnah Awang (FEP 1986), Pengarah Gading Kencana Sdn. Bhd. Turut hadir Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) ALUMNI-UKM, bagi menyokong usaha memperkukuh jaringan alumni dan keterlibatan pelajar.
Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami aplikasi sebenar teknologi tenaga solar, sekali gus memperkukuh hubungan antara universiti dan industri.
