ALUMNI@INDUSTRI DI WESTPORT MALAYSIA SDN BHD
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah menganjurkan program ALUMNI@INDUSTRI di Westports Malaysia Sdn. Bhd., Port Klang pada 23 Mei 2025.
Seramai 14 pelajar dari kelas Pengurusan Rantaian Bekalan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, diiringi oleh Pn. Nor Faizurah, telah diberi pendedahan berkaitan operasi pelabuhan dan logistik.
Delegasi UKM disambut mesra oleh Encik Badli Shah Mustafa, Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat, yang turut memberikan penerangan mengenai peranan dan operasi Westports. Turut hadir, YBrs. Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) ALUMNI-UKM, bagi menyokong usaha memperkukuh jaringan alumni dan keterlibatan pelajar.
Program ini membuka ruang pembelajaran di luar bilik kuliah serta mempersiapkan pelajar untuk dunia kerjaya sebenar.
