BACAAN YASIN & FORUM PERDANA ALUMNI 2026

BACAAN YASIN & FORUM PERDANA ALUMNI 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan jayanya telah menganjurkan Bacaan Yasin & Forum Perdana Alumni 2026 bersempena kempen Alumni Balik Kampus 2026 pada 18 Jun 2026 bertempat di Pusat Islam UKM. Program ilmu ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga universiti, para alumni, dan masyarakat setempat.

Bertemakan “Profesionalisme Muslim: Menyumbang dengan Integriti dan Ihsan”, program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman peserta mengenai peranan holistik seorang profesional Muslim. Melalui perkongsian ini, peserta didedahkan dengan kepentingan nilai integriti, etika kerja Islam, serta penerapan sifat ihsan dalam menyumbang kepada kerjaya dan masyarakat.

Majlis ini diserikan dengan kupasan bernas daripada barisan tokoh panelis alumni, iaitu Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd Farid Ravi Abdullah (Naib Canselor Universiti Islam Selangor); Dato’ Mohd Zaidi Ramli (Ketua Pengarah JAWHAR); dan Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid (Pendakwah & Pakar Motivasi). Sesi perbincangan ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Nazri Kahar (Editor Kanan & Penerbit Eksekutif Astro Awani) selaku Moderator.