BENGKEL HALATUJU DAN SINERGI MAJLIS ALUMNI UNIVERSITI (MAU)

Bengkel Halatuju dan Sinergi Majlis Alumni Universiti (MAU) dan Pusat Perhubungan Alumni (PHA) diadakan pada hari ini dalam memperkasakan portfolio ini. Setinggi penghargaan kepada semua ahli majlis tertinggi MAU yang hadir terutamanyaPresiden MAU, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak yang turut mempengerusi mesyuarat ini. Kerjasama erat PHA-MAU penting dalam memastikan output operasian PHA lebih berimpak dan bermanfaat kepada universiti, dengan cadangan-cadangan bernas daripada setiap perwakilan persatuan alumni UKM.