BICARA ALUMNI: CABARAN KESIHATAN MATA DALAM DUNIA DIGITAL
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah menganjurkan sesi Bicara Alumni bertajuk “Cabaran Kesihatan Mata Dalam Dunia Digital” pada 13 Februari 2026 (Jumaat), jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Media PTM serta disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM.
Program ini menampilkan Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah (FPER 1996 & 2003), Pensyarah Perubatan, Jabatan Oftalmologi, Fakulti Perubatan UKM sebagai panel jemputan yang telah berkongsi ilmu dan pencerahan mengenai risiko serta langkah penjagaan kesihatan mata dalam era penggunaan peranti digital yang semakin meluas.
Sesi ini turut dikendalikan oleh moderator, Cik Norlaili Arif (FSK 2007), Penyelaras UKM-IACLE di bawah Program Optometri dan Sains Penglihatan, Fakulti Sains Kesihatan UKM yang memimpin perbincangan dengan teratur dan informatif.
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ir. Dr. Norinah Abd. Rahman, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) ALUMNI-UKM.
Semoga segala perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mata dalam dunia digital.
