BICARA ALUMNI EDISI RAMADAN: “AIDILFITRI: ERTI KEGEMBIRAAN SELEPAS RAMADAN”
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah menganjurkan sesi Bicara Alumni bertajuk “Bicara Alumni Edisi Ramadan: Aidilfitri: Erti Kegembiraan Selepas Ramadan” pada 16 Mac 2026 (Isnin), jam 2.30 petang, yang disiarkan secara langsung di platform Zoom dan Facebook rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM.
Program ini menampilkan Prof. Madya Dr. Muhammad Faisal Asha’ari (FPI 2003), Pensyarah Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM sebagai panel jemputan yang telah berkongsi ilmu dan pencerahan mengenai erti sebenar kegembiraan dan kesyukuran menyambut Syawal setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.
Sesi ini turut dikendalikan oleh moderator, Dr. Mohamad Zulkifli Abdul Ghani (FPI 2017), Penyelaras Alumni, Fakulti Pengajian Islam UKM yang memimpin perbincangan dengan teratur dan informatif.
Semoga segala perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan menyuntik semangat baharu untuk kita semua menghayati makna sebenar Aidilfitri serta mengekalkan momentum ibadah pasca Ramadan.
