BICARA ALUMNI : FAHAMI GAYA KOMUNIKASI LISAN BAHASA INGGERIS

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan program Bicara: Fahami Gaya Komunikasi Lisan Bahasa Inggeris
Pada 14 Ogos 2025 (Khamis) bertempat di Auditorium AST. Sesi ini telah disampaikan oleh Puan Nur Lahaniz Daud, Naib Presiden High-Networth Client PTTI Group Sdn. Bhd. yang juga merupakan alumni UKM.

Perkongsian ini memberikan panduan berguna dalam memahami teknik komunikasi lisan Bahasa Inggeris yang berkesan, sekaligus memperkukuh kemahiran peserta dalam berinteraksi di peringkat profesional dan antarabangsa.