BICARA ALUMNI: MISI PERJUANGAN: SUMUD FLOTILLA

Pada 23 Oktober 2025, telah berlangsung Bicara Alumni UKM bertajuk “MISI PERJUANGAN SUMUD FLOTILLA” yang dipaparkan secara dalam talian melalui Zoom dan siaran langsung di Facebook rasmi ALUMNI-UKM.

Sesi ini menampilkan PU Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan (FST 2018) sebagai tetamu jemputan, yang berkongsi pandangan serta pengalaman beliau mengenai perjuangan kemanusiaan, semangat ketabahan (sumud) dan penglibatan dalam misi flotilla.

Program ini menampilkan Dr. Anwar Muttaqin (FPI 2010, IKMAS 2015, HADHARI 2022), Pensyarah Kanan Pusat Kajian Bahasa Arab & Tamadun Islam sebagai moderator yang memimpin sesi bicara dengan penuh semangat dan makna.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah ALUMNI-UKM, dan turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) ALUMNI-UKM.

Perkongsian ini diharap dapat menyemarakkan semangat solidariti, kemanusiaan dan perjuangan tanpa sempadan dalam kalangan warga UKM serta masyarakat umum.