BICARA PERDANA: INTEGRITI & RASUAH 2025

Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama Unit Integriti & Ombudsman telah mengadakan Bicara Perdana: Integriti & Rasuah 2025 pada 14 Ogos 2025 (Khamis) bertempat di Auditorium AST.

Program ini menampilkan barisan panel berpengalaman iaitu Dato’ Hussamuddin Yaacub, Penasihat Kumpulan Media karangkraf & Ketua Pasukan Rasuah Buster (FE 1978); Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Pengarah Eksekutif Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan Universiti Malaya (INSTITUT KAJIAN ETNIK (KITA) 2014); dan KPKPj Hishammudin Mohammed Esa,Pengarah bahagian Integriti Jabatan Imigresen Malaysia (FE 1999) bersama Tuan Haji Nazri Kahar sebagai moderator.

Perkongsian yang diberikan telah membuka ruang perbincangan mendalam mengenai kepentingan integriti serta usaha membanteras rasuah demi kelestarian negara.