DELEGASI APTIKIS INDONESIA @ UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Delegasi APTIKIS Indonesia @ Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4 OGOS 2025
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi APTIKIS (Asosiasi Perguruan Tinggi Keagamaan Islam Swasta) Indonesia, yang melibatkan penyertaan 15 institusi pengajian tinggi Islam swasta dari pelbagai wilayah di Indonesia.
Kunjungan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Canselori UKM ini bertujuan memperkukuh jaringan strategik antara UKM dan institusi pendidikan tinggi Islam Indonesia melalui kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan serta penglibatan aktif alumni di peringkat antarabangsa.
Delegasi telah disambut oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM (FPER 1979 & 1987), dan turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan), Pusat Perhubungan Alumni UKM serta Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran ALUMNI-UKM.
