GRAND ALUMNI HI-TEA 2025


Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Grand Alumni Hi-Tea 2025, satu himpunan penuh bermakna yang menyatukan para alumni pelbagai generasi dalam suasana mesra, penuh kenangan dan semangat cintakan alma mater.
Majlis yang diadakan di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain UKM ini dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, yang merupakan alumni FSP 2000. Beliau juga turut melancarkan Hari Alumni UKM, yang bakal disambut secara rasmi pada 23 Jun setiap tahun.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan komitmennya untuk menyumbang secara peribadi sebanyak RM10,000 kepada Tabung Wakaf Alumni / Endowmen UKM, sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan dan kebajikan pelajar UKM.
Majlis juga menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM19,340 daripada alumni kepada Tabung Kebajikan Pelajar UKM, sebagai bukti keprihatinan alumni terhadap kesejahteraan pelajar yang memerlukan.
Naib Canselor, Prof. Dr. Sufian Jusoh dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak, turut hadir ke majlis ini.
Pusat Perhubungan Alumni UKM merakamkan jutaan terima kasih kepada semua alumni dan penyumbang yang terus menyokong usaha murni ini. Semoga ukhuwah dan semangat kebersamaan yang terjalin terus memperkasakan UKM sebagai Universiti Watan unggul negara.