HI-TEA BERASAMA ALUMNI DALAMAN SIRI 4
HI-TEA BERASAMA ALUMNI DALAMAN SIRI 4
Alhamdulillah, Majlis Hi-Tea Bersama Alumni Dalaman Siri 4 telah berlangsung dengan penuh mesra dan harmoni pada 28 Mei 2025 di Kompleks Alumni UKM.
Majlis ini bertujuan mengeratkan silaturahim, berkongsi maklumat terkini, serta memperkukuh jaringan kerjasama dalam kalangan alumni dalaman UKM. Seramai 30 orang alumni UKM telah hadir memeriahkan majlis, menandakan sokongan dan semangat kebersamaan yang tinggi.
Turut diadakan, penyerahan sijil penghargaan kepada alumni dalaman yang telah menyumbang melalui potongan gaji ke Tabung Kompleks Alumni dan Tabung Kebajikan Pelajar, disampaikan oleh Prof. Emeratus Dato’ Dr. Mohammad Abd Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM.
Terima kasih atas sokongan dan komitmen anda semua demi UKM tercinta.

