JEJAK ALUMNI @ CYBERSECURITY MALAYSIA

5.2.2024 (Isnin)
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan program Jejak Alumni di CyberSecurity Malaysia bersama Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab (FTSM 1999). Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia.
Delegasi dari UKM diketuai oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM bersama YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM; YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan); Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM dan Puan Rohidayah Abdul Rahim, Penolong Pendaftar Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam Jejak Alumni ini antaranya pengalaman belajar beliau di UKM, perkembangan terkini UKM dan potensi kolaborasi antara UKM dan CyberSecurity Malaysia.