JEJAK ALUMNI @ KEDAH

5.2.2024 (Isnin)
Jejak Alumni Edisi negeri Kedah diteruskan dengan perjumpaan bersama alumni tahun 1974 yang merupakan graduan kedua setelah penubuhan UKM. Perjumpaan telah diadakan di Baling, Kedah. Mereka ialah Cikgu Nordin Kayat, Hajah Yang Chek Minhat dan Encik Che Uda Che Nik. Kesemua alumni adalah alumni Fakulti Sastera 1974. Turut bersama dalam program Jejak Alumni ini ialah pegawai dan kakitangan Muzium UKM dan Arkib UKM.
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM diketuai oleh YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama beberapa kakitangan Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam Jejak Alumni ini antaranya pengalaman belajar mereka di UKM dan perkembangan terkini UKM. Mereka juga berkongsi tentang pengalaman hidup di UKM semasa 33 tahun yang lalu.