JEJAK ALUMNI @ KEDAH

5.2.2024 (Isnin)
Jejak Alumni Edisi Negeri Kedah diteruskan dengan jejak bersama YA Puan Mahazan Mat Taib (FUU 1991, 2004), Hakim Mahkamah Tinggi 2 Alor Setar, Kedah bertempat di Kompleks Mahkamah Alor Setar. Turut bersama dalam program Jejak Alumni ini ialah YA Puan Evawani Farisyta Mohammad (FUU 1997), Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Alor Setar dan En. Nor Azry Syamil Noor Ahmad (FKAB 2018), Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan dan Teknikal).
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM diketuai oleh YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama beberapa kakitangan Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam Jejak Alumni ini antaranya pengalaman belajar beliau di UKM dan perkembangan terkini UKM. YA Puan Mahazan juga banyak berkongsi tentang pengalaman beliau dalam bidang guaman ini.