JEJAK ALUMNI @ KEDAH

5.2.2024 (Isnin)
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan program Jejak Alumni Edisi negeri Kedah. Lokasi pertama bagi program ini ialah Al Haddad Manufacturing Sdn. Bhd. Syarikat ini dimiliki oleh alumni UKM iaitu Tuan Syed Salahuddin Syed Mahayadin Al Haddad (FPI 1995). Syarikat beliau menghasilkan pelbagi produk minuman antaranya Tamar Cocoa dan produk Al-Haddad juga dieksport ke luar negara.
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM diketuai oleh YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama beberapa kakitangan Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam Jejak Alumni ini antaranya pengalaman belajar beliau di UKM, perkembangan terkini UKM dan potensi koleberasi antara UKM dan Syarikat Al Haddad Manufacturing Sdn. Bhd. Tuan Syed Salahuddin juga turut membawa delegasi dari UKM melewat kilang pemprosesan produk beliau.