JEJAK ALUMNI @ KPJ HEALTHCARE UNIVERSITY
20 November 2024
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Jejak Alumni bersama YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Lokman Saim (FPER 1983 & 1991) di KPJ Healthcare University College. Beliau merupakan Naib Canselor KPJ Healthcare University. Dalam pertemuan ini, YBrs. Dr. Roslan berkongsi mengenai perkembangan program-program anjuran Pusat Perhubungan Alumni UKM yang bakal berlangsung, termasuk Majlis Santapan Diraja serta perkembangan terkini di UKM. Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama YBrs. Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) dan Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM.
