JEJAK ALUMNI @ LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Jejak Alumni UKM bersama YBhg. Datuk Wira Arham Abdul Rahman (FE 1987) di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Delegasi dari UKM diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM diiringi Encik Mohd Razif Mohd Nor Wakil Majlis Alumni UKM, YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan), YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan), dan Encik Mohd Kamal Abd Aziz Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam Jejak Alumni ini antaranya pengalaman belajar beliau di UKM, perkembangan terkini UKM dan kolaborasi antara UKM dan MIDA dalam masa akan datang.