JEJAK ALUMNI @ MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY (MSU)

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Jejak Alumni UKM bersama YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid (FSFG 1984) di Management & Science University (MSU). Beliau merupakan Presiden dan Pengasas Management & Science University (MSU), Kolej MSU dan Pusat Perubatan MSU (MSUMC). Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Dr. Lailanor Ibrahim (FPER 1981), Pengarah Kesihatan MSU Medical Centre (MSUMC); YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Gapar Md Johar (Fakulti Sains 1982), Naib Presiden Kanan Teknologi Sistem dan Inovasi MSU; Prof. Madya Dr. Mohd Zaki Awang Isa (FSKB 2001), Pengarah Pusat Kecemerlangan untuk Penglihatan dan Penjagaan Mata MSU (MSU-iCARE); dan Dr. Mohd Fadli Mohd Asmani (FSKB 2002), Dekan Sekolah Farmasi MSU yang juga merupakan alumni UKM.
Delegasi dari UKM diketuai oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM bersama YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM dan YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan).
Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam Jejak Alumni ini antaranya pengalaman belajar di UKM dan kolaborasi antara UKM dan MSU dalam masa akan datang.