JEJAK ALUMNI @ PULAU PINANG

6.2.2024 (Selasa)
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan program Jejak Alumni Edisi Negeri Pulau Pinang di Hasfas Auto Sdn. Bhd. bersama YBhg. Dato’ Hj Nadzir Sheikh Fadzir (Fakulti Sastera 1974). Beliau merupakan Pengarah Urusan, Fadason Sdn. Bhd. Turut bersama dalam program Jejak Alumni ini ialah pegawai dan kakitangan Muzium UKM dan Arkib UKM.
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM diketuai oleh YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama beberapa kakitangan Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam Jejak Alumni ini antaranya pengalaman belajar mereka di UKM dan perkembangan terkini UKM. Muzium UKM dan Arkib UKM juga mengadakan sesi temubual bersama beliau.