JEJAK ALUMNI @ SABAH

29.1.2024 (Isnin)
Alumni UKM yang kedua dijejaki dalam Program Jejak Alumni Edisi Negeri Sabah ini ialah YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam (FPER 1984). Beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah.
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM yang diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) dan Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Pelbagai perkara yang dibincangkan antaranya pengalaman beliau ketika belajar di UKM, program-program yang bakal diadakan pada masa akan datang dan perkembangan terkini UKM.