JEJAK ALUMNI @ SABAH

29.1.2024 (Isnin)
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM yang diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) dan Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM ahli telah mengadakan perjumpaan bersama Ahli Majlis Tertinggi Alumni Persatuan Mahasiswa/i Sabah UKM (PERMIS).
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Alumni dan UKM. Dalam perjumpaan ini, banyak perkara telah dibincangkan termasuk potensi kerjasama antara Pusat Perhubungan Alumni UKM dan Alumni PERMIS melalui penganjuran program. Disamping itu, kedua-dua pihak turut berkongsi maklumat dan perkembangan aktiviti yang telah dijalankan bagi memperkasa peranan dan keterlibatan alumni UKM.