JEJAK ALUMNI @ SABAH

30.1.2024 (Selasa)
Alumni UKM yang ketiga dijejaki dalam Program Jejak Alumni Edisi Negeri Sabah ini ialah Encik Luqman Ridha Anwar (FSKK 1995). Beliau merupakan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM ialah YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) dan Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Dalam sesi Jejak Alumni ini, banyak perkara yang dibincangkan antaranya ialah pengalaman beliau ketika belajar di UKM, potensi kerjasama antara UKM dan UMS. Selain itu, Encik Luqman Ridha Anwar turut berkongsi menceritakan tentang erat antara UMS dan UKM. Beliau juga menyatakan bahawa seramai 256 alumni UKM yang berkhidmat sebagai kakitangan dan pensyarah di UMS.