JEJAK ALUMNI @ SABAH

30.1.2024 (Selasa)
Alumni UKM yang keempat dijejaki dalam Program Jejak Alumni Edisi Negeri Sabah ini ialah YBhg. Datuk Dr. Jamili Nais (FSH 1988). Beliau merupakan Setiausaha Tetap, Kementeriaan Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM ialah YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) dan Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Pelbagai perkara yang telah dibincangkan dalam sesi Jejak Alumni ini antaranya pengalaman beliau ketika di UKM. YBrs. Dr. Roslan juga turut berkongsi tentang program-program rasmi anjuran Pusat Perhubungan Alumni UKM yang bakal berlangsung dan perkembangan terkini UKM.