JEJAK ALUMNI @ SABAH

28.1.2024 (Ahad)
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM yang diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) dan Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Jejak Alumni UKM di Negeri Sabah.
Alumni UKM yang pertama dijejaki dalam Program Jejak Alumni Edisi Negeri Sabah ini ialah Encik Mohd Noh Nawawi (GSB 2019), Timbalan Pengarah GIATMARA Negeri Sabah dan Encik Sukardi Lantong (FKAB 2002, GSB 2019), Pengurus GIATMARA Kinabatangan.
Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam Jejak Alumni ini antaranya pengalaman mereka ketika belajar di UKM, perkembangan terkini UKM dan program-program yang bakal diadakan pada masa akan datang.