JEJAK ALUMNI @ TAN SRI DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
JEJAK ALUMNI @ TAN SRI DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
7 JAN 2025
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Jejak Alumni bersama Tan Sri Dato’ Sri Liow Tiong Lai (FSH 1986) di Kompleks Alumni UKM. Beliau merupakan Pengerusi Mutiara International Grammar College. Dalam pertemuan ini, YBrs. Dr. Roslan berkongsi mengenai perkembangan program-program anjuran Pusat Perhubungan Alumni UKM yang bakal berlangsung, termasuk Majlis Santapan Diraja serta perkembangan terkini di UKM.
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Penjanaan dan Pemasaran), YBrs. Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) Pusat Perhubungan Alumni UKM.
