JEJAK ALUMNI UKM @ AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA)

JEJAK ALUMNI UKM @ AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA)
1 Ogos 2025
Pusat Perhubungan Alumni UKM melalui program Jejak Alumni telah mengadakan sesi bersama Datuk Abdul Halim Hamzah, alumni FUU UKM tahun 1995 yang kini merupakan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Program ini bertujuan mengeratkan jalinan hubungan antara alumni dan universiti dalam usaha membina jaringan kerjasama yang berimpak tinggi. Turut hadir dalam sesi ini ialah YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM dan YBrs. Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) Pusat Perhubungan Alumni UKM.