JEJAK ALUMNI UKM @ KELINGTON GROUP BERHAD

JEJAK ALUMNI UKM @ KELINGTON GROUP BERHAD

4 September 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM melalui program Jejak Alumni telah berpeluang menjejaki YBhg. Ir. Gan Hung Keng, alumni Fakulti Kejuruteraan UKM tahun 1988, yang kini cemerlang berkhidmat dan memikul tanggungjawab besar sebagai Pengerusi Eksekutif, Kelington Group Berhad.

Delegasi ini diketuai oleh Ir. Dr. Norinah Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) Pusat Perhubungan Alumni UKM.

Program Jejak Alumni ini bertujuan memperkukuh jaringan strategik dan silaturahim UKM dengan alumni di sektor kejuruteraan dan industri melalui perbincangan pengalaman kerjaya dan potensi kerjasama untuk pembangunan pelajar, termasuk penawaran latihan industri daripada pihak Kelington Group Berhad.

Selain itu, kunjungan ini turut menjadi platform perkongsian maklumat bagi inisiatif seperti 1000 Kasih Alumni dan promosi Program Alumni Balik Kampus 2026 Edisi Khas, serta bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini universiti bagi memperkasa penglibatan alumni secara menyeluruh.