JEJAK ALUMNI UKM @ KEMENTERIAN EKONOMI
JEJAK ALUMNI UKM @ KEMENTERIAN EKONOMI
29 Oktober 2025
Pusat Perhubungan Alumni UKM melalui program Jejak Alumni telah berpeluang menjejaki Dato’ Ts. V. Valluven Veloo, alumni Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) UKM, tahun 2005, yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi.
Delegasi kunjungan ini diketuai oleh YBrs. Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan), Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Program Jejak Alumni dilaksanakan bagi memperkukuh hubungan silaturahim antara UKM dan para alumninya, di samping berkongsi perkembangan pelbagai program anjuran Pusat Perhubungan Alumni UKM seperti Inisiatif 1000 Kasih Alumni, serta memaklumkan mengenai perkembangan terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia.
