JEJAK ALUMNI UKM @ MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Pusat Perhubungan Alumni UKM melalui program Jejak Alumni telah berpeluang menjejaki Tuan Azhaniz Teh Azman Teh, alumni Fakulti Undang-Undang (FUU) UKM, tahun 1995, yang kini cemerlang berkhidmat dan memikul tanggungjawab besar sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Delegasi ini diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM. Turut serta dalam siri kunjungan ini ialah Ir. Dr. Norinah Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) dan Dr. Mohamad Azhan Yahya, Penyelaras Alumni Fakulti Undang-Undang UKM.
Program Jejak Alumni ini bertujuan memperkukuh jaringan strategik dan silaturahim UKM dengan alumni di bidang perundangan dan perkhidmatan awam melalui perbincangan pengalaman kerjaya dan potensi kerjasama untuk pembangunan pelajar, termasuk penawaran latihan industri daripada pihak Mahkamah Persekutuan Malaysia. Selain itu, ia turut menjadi platform perkongsian maklumat inisiatif seperti 1000 Kasih Alumni serta perkembangan terkini universiti bagi memperkasa penglibatan alumni secara menyeluruh.