JEJAK ALUMNI UKM @ MAJLIS GETAH MALAYSIA (MRC)
18 September 2026
Pusat Perhubungan Alumni UKM meneruskan siri program Jejak Alumni dengan menjejaki En. Mohamad Hafezh Abd Rahman, alumni FTSM tahun 2001. Beliau kini cemerlang berkhidmat dan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Kelestarian dan Maklumat (CISO) di Majlis Getah Malaysia (MRC).
Inisiatif ini bermatlamat untuk terus memperkukuh jaringan strategik dan silaturahim antara UKM dengan alumni di pelbagai sektor industri, di samping bertukar pandangan bagi pemerkasaan universiti dan pembangunan pelajar.
Selain itu, kunjungan ini turut menjadi platform perkongsian maklumat bagi inisiatif seperti 1000 Kasih Alumni dan promosi Program Alumni Balik Kampus 2026 Edisi Khas, serta bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini universiti bagi memperkasa penglibatan alumni secara menyeluruh.
