JEJAK ALUMNI UKM @ PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
JEJAK ALUMNI UKM @ PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
23 Julai 2026
Pusat Perhubungan Alumni UKM melalui program Jejak Alumni telah berpeluang menjejaki YBhg. Datuk Seri Wong Chun Wai, alumni Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK) UKM, tahun 1984, yang kini cemerlang berkhidmat dan memikul tanggungjawab besar sebagai Pengerusi, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
Delegasi ini diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM. Turut serta dalam siri kunjungan ini ialah Ir. Dr. Norinah Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan), Prof. Madya Dr. Muhammad Sofwan bin Mahmud, Timbalan Pengarah (Penjanaan dan Pemasaran), dan Pn. Farah Farzana binti Rasol, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Program Jejak Alumni ini bertujuan memperkukuh jaringan strategik dan silaturahim UKM dengan alumni di bidang media dan penyiaran melalui perbincangan pengalaman kerjaya dan potensi kerjasama untuk pembangunan pelajar, termasuk penawaran latihan industri daripada pihak BERNAMA. Selain itu, ia turut menjadi platform perkongsian maklumat inisiatif seperti 1000 Kasih Alumni serta perkembangan terkini universiti bagi memperkasa penglibatan alumni secara menyeluruh.
