JEJAK ALUMNI UKM @ SKYWORLD DEVELOPMENT SDN. BHD.

JEJAK ALUMNI UKM @ SKYWORLD DEVELOPMENT SDN. BHD.
4 Ogos 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM melalui program Jejak Alumni telah berpeluang menjejaki YBhg. Datuk Seri Ng Thien Phing, alumni FPP UKM, tahun 2003, yang kini cemerlang berkhidmat dan memikul tanggungjawab besar sebagai Pengerusi Eksekutif, Skyworld Development Sdn. Bhd.

Delegasi ini diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM. Turut serta dalam siri kunjungan ini ialah Ir. Dr. Norinah Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) dan Prof. Madya Dr. Muhammad Sofwan bin Mahmud, Timbalan Pengarah (Penjanaan dan Pemasaran) Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Program Jejak Alumni ini bertujuan memperkukuh jaringan strategik dan silaturahim UKM dengan alumni di sektor pembangunan dan hartanah melalui perbincangan pengalaman kerjaya dan potensi kerjasama untuk pembangunan pelajar, termasuk penawaran latihan industri daripada pihak Skyworld Development.

Selain itu, kunjungan ini turut menjadi platform perkongsian maklumat bagi inisiatif seperti 1000 Kasih Alumni dan promosi Program Alumni Balik Kampus 2026 Edisi Khas, serta bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini universiti bagi memperkasa penglibatan alumni secara menyeluruh.