JEJAK ALUMNI @ WESTPORTS MALAYSIA SDN. BHD.
5 MAC 2025
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan program Jejak Alumni bersama Encik Vijaya Kumar Puspowanam (FPP 2000), Ketua Pegawai Eksekutif Westports Malaysia Sdn. Bhd. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara alumni dan alma mater serta meneroka peluang kerjasama strategik.
Dalam pertemuan ini, YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM, berkongsi perkembangan terkini mengenai ALUMNI-UKM serta program alumni yang akan datang. Perbincangan juga menekankan potensi penglibatan alumni dalam menyumbang kepada pembangunan alma mater.
Delegasi UKM yang hadir terdiri daripada YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud (Timbalan Pengarah, Penjanaan dan Pemasaran) dan YBrs. Dr. Syajarul Imna Mohd Amin (Timbalan Pengarah, Aktiviti dan Jaringan). Beberapa program kolaboratif turut dirancang bagi meningkatkan keterlibatan Encik Vijaya Kumar dalam inisiatif ALUMNI-UKM.

