KEMBARA WATAN UKM 2022

Pelancaran Program Kembara Watan UKM 2022 pagi ini telah berjaya dijalankan di Persada Canselori. Kembara ini dirasmikan oleh Pro Naib Canselor (Strategi Dan Pembangunan Korporat), Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani. Selain daripada Pengurusan Kanan Universiti, turut hadir ialah alumni UKM antaranya Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, SAC Haji Ghazali Daud, Dr. Yusniyati, Dr Zulkifli Hassan dan beberapa lagi. Pelajar juga hadir menerima sumbangan bantuan kewangan sebagai simbolik kepada perasmian ini.
Seramai 30 orang alumni akan disantuni dan 10 pelajar dibantu dalam kembara ini. 40 jentera berkuasa tinggi, merentasi 7 buah negeri dalam Malaysia dan membawa aspirasi DANA WAKAF ALUMNI.
Semoga Mereka Selamat Pergi dan Pulang.
“Yang Jauh Didekati, Yang Dekat Dirapati”