Kucari Redha Ilahi

Baharin Yaakub, 46, (FST 08) berkelulusan Sarjana Kewangan Islam dari Pusat Pendidikan Antarabangsa Kewangan Islam (INCEIF) Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Pengurusan Industri Keselamatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). sanggup mengenepikan gaji lumayan sebagai pensyarah demi melihat anak yatim dan miskin terjaga kebajikan dan menganggap dirinya seperti bapa.
Beliau memilih mengabdikan diri di rumah anak yatim demi mencari keredaan Ilahi. Beliau memilih berbakti sepenuhnya untuk Rumah Kasih Nurul Hasanah yang terletak di Jalan Pimping Kanan, Ampang di sini. Beliau mula bertugas pada Jun tahun lalu sebagai tenaga pengajar kepada 27 kanak-kanak berusia dua hingga 15 tahun di rumah kebajikan itu.