KUNJUNGAN HORMAT DATO’ SRI DR. HJ. IRMOHIZAM HJ. IBRAHIM
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan kunjungan hormat bersama alumni UKM, Komander (Kehormat) Dato’ Sri Dr. Hj. Irmohizam Bin Hj. Ibrahim (FUU 2005, FPEND 2016), bagi memperkukuh hubungan strategik antara UKM dan alumni. Kunjungan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama strategik antara alumni dan alma mater.
Turut hadir dalam YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah ALUMNI-UKM; YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) ALUMNI-UKM dan Encik Mohd Kamal Abd
Aziz, Ketua Pentadbiran, Pusat Perhubungan Alumni UKM.
