KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM KE PUSAT ALUMNI UMS

30.1.2024 (Selasa)
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pusat Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS). Delegasi disambut baik oleh YBrs. Dr. Arif @ Kamisan Pusiran, Pengarah Pusat Alumni UMS.
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) dan Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Antara perkara yang dibincangkan ialah aktiviti alumni dan usaha bagi merapatkan lagi hubungan alumni dan alma mater. Kunjungan ini juga adalah salah satu usaha bagi meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan Pusat Perhubungan Alumni UKM.