LAWATAN DAN KUNJUNGAN MUHIBBAH PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA USIM KE PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM (ALUMNI-UKM)

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah menerima Lawatan dan Kunjungan Muhibbah dari Pusat Alumni dan Kerjaya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Delegasi diwakili oleh Tuan Haji Mazlan Nawang, Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya USIM bersama beberapa lagi kakitangan lain. Delegasi disambut baik oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah ALUMNI-UKM bersama kakitangan Pusat Perhubungan Alumni, UKM.
Dalam lawatan ini, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pengurusan alumni termasuk pengurusan data serta usaha mengukuhkan jaringan dan hubungan antara alumni dengan universiti. Pusat Perhubungan Alumni UKM turut berkongsi maklumat mengenai inisiatif yang telah diambil dalam usaha meningkatkan keterlibatan alumni melalui program-program yang dianjurkan. Sesi pertukaran idea dan informasi juga berjalan dengan lancar.