LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) KE PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM (ALUMNI-UKM)

Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) telah menerima lawatan Penanda Aras dari Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Delegasi diwakili oleh YBrs. Dr. Khairul Anwar Abdul Halim, Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni UniMAP.
Delegasi disambut oleh YBrs. Dr. Roslan Jaafar (Pengarah ALUMNI-UKM), Encik Mohd Kamal Abd Aziz (Ketua Pentadbiran ALUMNI-UKM) dan bersama beberapa kakitangan pusat.
Lawatan ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan lagi prestasi kedua-dua pihak terutamanya dari segi pengurusan alumni dan kolaborasi program pada masa akan datang. Sesi pertukaran idea dan informasi juga berjalan dengan lancar.