LAWATAN PENANDA ARAS UNIT LATIHAN INDUSTRI DAN ALUMNI, UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS) KE PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah menerima lawatan Penanda Aras dari Unit Latihan Industri dan Alumni, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Delegasi diwakili oleh YBrs. Dr. Salina Khalid, Ketua Unit Latihan Industri dan Alumni USAS.
Delegasi disambut oleh YBrs. Dr. Roslan Jaafar (Pengarah ALUMNI-UKM), YBrs. Dr. Hilwa Abdullah@ Mohd. Nor (Timbalan Pengarah ALUMNI-UKM), YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) dan bersama beberapa kakitangan pusat.
Lawatan ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan lagi prestasi kedua-dua pihak terutamanya dari segi pengurusan alumni. Sesi pertukaran idea dan informasi juga berjalan dengan lancar.