MAJLIS FLAG-OFF PROGRAM JELAJAH KASIH ALUMNI UKM 2026

MAJLIS FLAG-OFF PROGRAM JELAJAH KASIH ALUMNI UKM 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Majlis Flag-Off Program Jelajah Kasih Alumni UKM 2026 pada 5 Oktober 2026 bertempat di Dataran Canselori UKM. Majlis perasmian yang bermula pada jam 3.30 petang ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Ts. Dr. Hj. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM.

Program konvoi berimpak tinggi ini melibatkan penyertaan sebanyak 39 buah motosikal daripada kumpulan UKM Bikers yang akan meneruskan perjalanan melalui Laluan Utara dan Laluan Selatan. Dengan berpegang kepada tema “Kembara Kasih, Alumni Menyatu Hati”, kembara ini bukan sekadar aktiviti kunjungan biasa, tetapi merupakan platform untuk menghubungkan semula alumni dengan alma mater di samping menyantuni rakan-rakan alumni di pelbagai lokasi.

Lebih membanggakan, jelajah ini turut membawa misi kebajikan yang mulia iaitu mengumpul sumbangan untuk Tabung Kebajikan Pelajar UKM bagi manfaat pelajar yang memerlukan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para peserta konvoi UKM Bikers serta penaja program, Encik Mohd Sabri Bin Leman selaku Pemilik LightGreen Enterprise atas komitmen dan sokongan padu yang diberikan kepada inisiatif ini.

Semoga perjalanan ahli-ahli konvoi dipermudahkan, selamat pergi dan kembali, serta berjaya menyemarakkan lagi budaya filantropi dalam kalangan warga alumni UKM.