MAJLIS HI-TEA BERSAMA ALUMNI DALAMAN UKM SIRI 1

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Majlis Hi-Tea bersama Alumni Dalaman UKM Siri 1 yang betrempat di Bangi Resort Hotel. Tujuan Majlis ini diadakan ialah bagi mengeratkan dan menyantuni alumni dalaman UKM. Seramai 70 orang alumni dalaman telah hadir pada Majlis ini.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak dan beliau juga telah melancarkan Kempen Potongan Gaji Alumni Dalaman UKM.
Turut hadir ialah YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM; YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin, Lembaga Pengarah UKM (Wakil Alumni Universiti); YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UKM YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla.