MAJLIS PELANCARAN KAD ALUMNI UKM AFFIN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama Affin Bank Berhad melancarkan Kad Kredit/ Debit Alumni UKM AFFIN untuk kegunaan alumni serta alumni bersekutu. Pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh UKM dan Affin Bank.
Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi Affin Bank Berhad, Dato’ Agil Natt dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd. Suzeren Md. Jamil. Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Prof. Dr. Norhamidi Muhamad Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana, En. Mohd Azli Mohd Kasirun Bendahari UKM, YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM dan Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman mantan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM.