MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA ROTARY CLUB OF KLANG VALLEY DAN INNER WHEEL CLUB OF PETALING JAYA DI BAWAH INISIATIF PERSATUAN ALUMNI INDIA (I-ALUMNI UKM)

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah menyaksikan Majlis Penyerahan Biasiswa Rotary Club of Klang Valley dan Inner Wheel Club of Petaling Jaya dibawah inisiatif Persatuan Alumni India (i-Alumni UKM) pada 7 Oktober 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Seminar Kompleks Alumni UKM.

Majlis ini diadakan dengan kerjasama i-Alumni UKM, Rotary Club of Klang Valley dan Inner Wheel Club of Petaling Jaya, bertujuan membantu pelajar prasiswazah UKM melalui sumbangan penajaan pendidikan sebagai usaha memperkasa kebajikan dan kecemerlangan pelajar.

Melalui inisiatif ini sejak 2019, seramai 16 orang pelajar prasiswazah UKM telah menerima manfaat biasiswa bagi menyokong perjalanan akademik mereka di universiti.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM, dan turut dihadiri oleh Encik Sunthararajan Govindan, President i-Alumni UKM Committee; Encik Arjan Sawlani, Vice President Rotary Club of Klang Valley; serta Cik Jamuna Pillai, President Inner Wheel Club of Petaling Jaya.

Pusat Perhubungan Alumni UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak atas sokongan dan sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi kepada seluruh komuniti alumni untuk terus menyumbang kembali kepada universiti tercinta.