MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA ALUMNI UKM INDONESIA
Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Alumni UKM Chapter Indonesia di Kimaya Slipi, Indonesia. Program ini menjadi simbol usaha memperkukuh hubungan antara UKM dan para alumni dari Indonesia.
Majlis turut menampilkan Sesi Town Hall bersama Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Sufian Jusoh, yang menyampaikan amanat dan harapan kepada alumni UKM di Indonesia, di samping membuka ruang untuk mendapatkan pandangan dan cadangan bagi mengeratkan lagi hubungan antara alumni dan alma mater.
Diharapkan program ini dapat memperkukuh ikatan silaturahim serta membuka peluang kerjasama baharu antara alumni UKM dan universiti.
Turut hadir ialah YBrs. Prof. Madya Dr. H. Muhammad Iqbal, Rektor Institut Bisnis & Komunikasi Swadaya Jakarta merangkap wakil Alumni Chapter Indonesia; YBhg. Prof. Ismail Suardi Wekke, Rektor Institut Agama Islam Rawa Aopa Konawe Selatan; YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM; Dr. Intan Murnira Ramli, Penyelidik Kanan di Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA); Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM; serta En. Saidi Ismail, Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM.
