MAJLIS SANJUNGAN KASIH ALUMNI UKM 2025

25 Januari 2025
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah menganjurkan Majlis Sanjungan Kasih Alumni UKM 2025 pada 25 Januari 2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Objektif penganjuran Majlis ini untuk mengeratkan hubungan antara para alumni dengan universiti di samping mengumpul dana Tabung Kebajikan Pelajar dan Alumni.
Seramai 540 alumni telah hadir ke Majlis dan berjaya mengumpul dana berjumlah RM370,100.00. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof Datuk. Dr. Azlinda Azman (Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi), bersama YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak (Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UKM merangkap Presiden Majlis Alumni UKM), YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin (Wakil Alumni di Lembaga Pengarah Universiti UKM), YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman (Naib Canselor UKM), YBhg. Tan Sri Dato’ Alimuddin bin Mohd Dom (Alumni FSKK 1976, FPEND 1977), YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Liow Tiong Lai (Alumni 1986) dan YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki (Alumni FSKK 1987).
Pusat Perhubungan Alumni UKM merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas sokongan dalam menjayakan Majlis Sanjungan Kasih Alumni UKM 2025.