MAJLIS SANTAPAN DIRAJA BERSAMA ALUMNI UKM

Pada tanggal 9 Disember 2017, telah berlangsungnya Majlis Santapan Diraja Bersama Alumni UKM. D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM bersama D.Y.M.M. Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud mencemar duli di Majlis Santapan Diraja Bersama Alumni UKM.

Anggaran seramai 650 orang Alumni UKM yang hadir untuk memeriahkan majlis gilang gemilang ini. Majlis berlangsung pada jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Selain itu, pelancaran logo Majlis Alumni dan penyerahan cek sumbangan juga turut diadakan.